LKAN banyak kelemahan, penemuan tak tempat – Khairy

LKAN banyak kelemahan, penemuan tak tempat – Khairy

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin yang pernah menerajui tiga kementerian mengakui berdepan banyak kelemahan dan kesalahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sehingga menjurus kepada penemuan tidak tepat.

Sebagai contoh, beliau yang pernah menguruskan acara-acara besar seperti Sukan SEA 2017 dan pengagihan vaksin semasa menjadi Menteri menyatakan antara kelemahan tersebut melibatkan julat masa audit itu dijalankan dan metodologi yang diguna pakai.

“Kita tak boleh dalam keadaan untuk mengatakan semua yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara tidak boleh dipersoalkan.

“Ada kalanya disebabkan kesalahan metodologi yang digunakan menyebabkan penemuan LKAN tak tepat, ada kelemahan,

“Kadang-kadang audit fokus kepada masalah spesifik, tak nampak gambaran yang lebih besar,” katanya dalam program podcast Keluar Sekejap (KS) yang turut menampilkan bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming.

Khairy mengulas perkara itu susulan pendedahan LKAN Siri 2/2024 baru-baru ini yang menyasarkan laporan ke atas beberapa organisasi seperti Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan Majlis Profesor Negara (MPN) sehingga menyebabkan campurtangan oleh pihak penguatkuasaan.

Walaupun mencatatkan kedudukan kewangan yang stabil dan lebih 98 peratus pelaburan menguntungkan, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas kakitangan HRD Corp dikhuatiri melemahkan syarikat kerajaan itu daripada segi moral dan daya saingnya di masa depan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kadang-kadang laporan tersebut yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sumber tersebut dibazirkan. – MalaysiaGazette

Scroll to Top