Linda Hashim Nekad Mahu Cerai

Linda Hashim Nekad Mahu Cerai

Pelakon Linda Hashim tetap dengan pendiriannya untuk tidak meneruskan perkahwinannya dengan pelakon Beego selepas hampir 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik mStar Online, Linda berkata dia memahami suaminya masih mahu pertahankan rumah tangga mereka namun baginya cukup sampai disini sahaja.

BACA: “Kenapa Nak Cerai? Boleh Tanya Beego Sendiri” – Linda

“Ya saya nekad nak bercerai. Sudah tentu semua pasangan berkahwin mahu cuba selamatkan rumah tangga, begitu juga Beego. Tapi untuk saya, cukuplah sampai disini sahaja,” katanya.

Hari ini berlangsungnya prosiding cerai pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai kali ketiga terhadap Beego dengan alasan sudah tiada persefahaman.

Terdahulu, Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

Bagaimanapun Linda memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman.

SUMBER: mStar Online, Utusan


Scroll to Top