Lexis Hibiscus 2 Bakal Jadi Penginapan 5 Bintang Lebih Luas Dan Mewah | Oh! Media

Lexis Hibiscus 2 Bakal Jadi Penginapan 5 Bintang Lebih Luas Dan Mewah | Oh! Media

Selepas kejayaan Lexis Hibiscus Port Dickson, KL Metro Group mengumumkan pembinaan projek terbaru iaitu Lexis Hibiscus 2.

Difahamkan, Lexis Hibiscus 2 bakal dibina bersebelahan resort Lexis Hibiscus Port Dickson yang menjadi ikonik dan kebanggaan Malaysia.

lexis hibiscus 2

Lebih menerujakan apabila projek ini akan dibina di atas tanah berkeluasan 80 ekar dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.6 bilion. Fuh! Mesti luas dan gempak giler!

Majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Untuk pengetahuan korang lagi, Lexis Hibiscus 2 akan menampilkan 1,710 unit penginapan mewah termasuk 910 rumah atas laut dan 800 suite kolam bertingkat.

lexis hibiscus 2

Paling penting, setiap unit akan dilengkapi kolam peribadi untuk memastikan pelanggan dapat menikmati ketenangan maksimum dan kemewahan tropika. Mana nak cari ui!

Sama seperti Lexis Hibiscus, kesemua unit penginapan di Lexis Hibiscus 2 ini akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya.

Projek dengan landskap hospitaliti mewah ini dijadualkan siap lima tahun lagi iaitu pada pertengahan 2029.

lexis hibiscus 2

Ianya adalah hasil usaha sama strategik antara KL Metro Group dan Pemerbadanan Menteri Besar (agensi pelaburan Kerajaan Negeri Sembilan).

Lexis Hibiscus 2 adalah bukti dedikasi kami untuk terus mencipta pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk para tetamu. – Pengarah Urusan, KL Metro Group, Dato’ Low Tak Fatt

Resort bertaraf lima bintang ini dijangka menarik 1.1 juta pelancong setiap tahun, dengan kira-kira separuh daripada mereka berasal dari luar negara.

Fuh, tak sabar nak tengok projek Lexis Hibiscus 2 ni siap sepenuhnya. Mesti lagi best dan selesa untuk seisi keluarga!


Scroll to Top