harisfadli@hmetro.com.my
Subang Jaya: Sebuah rumah terletak berhampiran lokasi letupan saluran paip gas di Putra Heights, di sini turut terbakar.
Tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati rumah banglo terbabit betul-betul berada berhadapan dengan lokasi letupan itu.
Wartawan yang tiba membuat tinjauan di kawasan berhampiran kira-kira jam 9.54 mendapati bumbung rumah rumah terbabit sudah mula terbakar lalu memaklumkan kepada pihak bomba.
Sebuah jentera bomba bergegas ke rumah berkenaan untuk mengawal keadaan sebelum api merebak ke rumah jiran.
Bahang daripada api yang marak itu turut mencairkan perkakas dan struktur plastik di sebuah rumah berhampiran yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kebakaran.
Tinjauan wartawan Setakat jam 10.15 pagi mendapati api masih marak dan kelihatan semakin banyak jentera bomba tiba di lokasi kejadian.
© New Straits Times Press (M) Bhd