Letupan di Sungai Golok: KPM sentiasa utamakan keselamatan, minta pelajar tinggal di asrama

Letupan di Sungai Golok: KPM sentiasa utamakan keselamatan, minta pelajar tinggal di asrama
“Pada masa sama, ia memudahkan untuk kita membuat pemantauan.
“Saya juga meminta ibu bapa berbincang dengan JPN sekiranya ada di kalangan mereka mahu tinggal di asrama kerana keadaan sekarang tidak selamat untuk rentas sempadan,” katanya lagi.

Fadhlina turut memaklumkan pihaknya sedang mengkaji murid sekolah rendah yang tinggal di Golok untuk ditempatkan di asrama sekolah di Rantau Panjang.

Bagaimanapun katanya, ia masih di peringkat kajian dan pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jaulah Ramadan KPM di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan dua sukarelawan pertahanan maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok, malam tadi.

Serangan itu berlaku sekitar jam 7.10 malam waktu tempatan (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah berkenaan selesai berbuka puasa.

Menurut jurucakap polis Sungai Golok, kejadian berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berdekatan pasar raya Big C yang sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Scroll to Top