Selebriti terkenal, Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman luar biasa mendaki Gunung Kinabalu.
BACA: “Tak Tahu Pil Apa Dia Makan” – Netizen ‘Blushing’ Dengar Syed Saddiq Puji Bella Astillah Comel
Apa yang menariknya, pasangan ini memilih untuk mengenakan pakaian tradisional iaitu baju kurung dan baju Melayu semasa pendakian mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, Bella memuat naik beberapa keping gambar memaparkan mereka di puncak ikonik tersebut. Fuh, view dia memang memukau guys!
“Pendakian yang penuh bermakna” – Bella
Penyanyi ini turut meluahkan rasa syukur apabila pasukan mereka dapat menamatkan misi pendakian dengan jayanya. Bella mengakui ia adalah pengalaman yang penuh bermakna.
Lebih hebat lagi, rasa letih sepanjang perjalanan seolah-olah hilang apabila melihat keindahan alam semula jadi yang luar biasa.
Netizen berseloroh cabar Syed Saddiq lamar Bella pula
Di ruangan komen, para pengikut mengucapkan tahniah di atas kesungguhan mereka. Ramai yang menjadikan usaha Bella sebagai inspirasi untuk mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara ini.
Tak kurang juga yang berseloroh mencabar Syed Saddiq menikahi Bella Astillah pula. Rata-rata memberi ‘restu’ dan menyifatkan pasangan ini sangat serasi bersama.
Namun, Bella dan Syed Saddiq dipercayai sekadar kawan dan menjadi wajah untuk jenama pakaian popular.
#OhmediaNasihat
Kejayaan Bella Astillah dan Syed Saddiq ini wajar diberikan pujian. Iyalah bukan senang nak mendaki sambil memakai baju tradional kan? Apa-apa pun, tahniah!