Lepas Sharnaaz, giliran ‘pakcik baru’ pula kena nyanyi lagu kesukaan Jebat Jayden

Lepas Sharnaaz, giliran ‘pakcik baru’ pula kena nyanyi lagu kesukaan Jebat Jayden

Anak kepada Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ahmad sememangnya sering menjadi sorotan media kerana teletahnya yang comel dan sering dikongsikan oleh ibu serta bapanya.

Sudah pun berusia lebih dari dua tahun, Jebat dilihat sangat manja dengan Sharnaaz dan juga ahli keluarga ibunya, Noor Nabila termasuklah ibu saudaranya, Neelofa.

Jika sebelum ini Sharnaaz ada memuat naik video menyanyikan lagu ‘Can Mali Can’ iaitu lagu kegemaran anak tersayang, kali ini giliran ‘pakcik barunya’, PU Riz pula yang mengambil tugas menceriakan Jebat.

Hal tersebut dikongsikan di laman IG story PU Riz yang videonya dirakam oleh isteri tersayang, Neelofa ketika dia sedang memandu kereta.

Dapat didengar dengan jelas Jebat Jayden begitu gembira dan turut menyambung nyanyian tersebut di bahagian tempat duduk belakang.

Telatah comel Jebat telah membuatkan Neelofa berasa ‘geram’ dengan anak buahnya yang semakin petah bercakap dan menyambung nyanyian lagu kegemarannya.

Instagram peminat Neelofa turut memuat naik kembali IG story ketika PU Riz melayan anak buah Neelofa dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen.

Masing-masing terhibur dengan mereka dua kerana terlihat comel lebih-lebih lagi Jebat yang semakin petah bercakap.

Pasti ramai yang turut ‘geram’ dengan keletah Jebat Jayden yang semakin besar kan?

Jebat merupakan anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa. Selepas berpisah, hubungan Nabila dan Sharnaaz masih lagi baik bagi memastikan anak mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Nabila juga telah benikah dengan Engku Emran yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal Erra Fazira.

Sumber: Lofa. page, Hrisbismail

Scroll to Top