Perkongsian pelakon Azhar Sulaiman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik paparan mesej bersama anaknya yang juga pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona.
Menerusi mesej tersebut, Leona meminta bapanya mendoakan jodoh yang terbaik buatnya serta dipertemukan dengan lelaki yang sempurna.
BACA: “Pastikan Dia Tak Kisah Asap Rokok” – Azhar Sulaiman Izinkan Leona Kahwin Tahun Depan
“Daddy tolong doakan untuk saya bertemu jodoh sempurna pada 10 malam terakhir Ramadan ini. Daddy tahu kan, doa ibu bapa adalah doa paling berkuasa dan saya harap sangat ianya jadi kenyataan,” tulisnya.
Azhar kemudian dilihat membalas mesej Leona mengatakan dia akan mendoakan jodoh yang terbaik buat anaknya, namun sempat memberitahu kriteria lelaki tersebut bukan seorang doktor atau pun arkitek.
“Daddy doakan you akan jumpa jodoh yang terbaik untuk you di dunia dan akhirat. Bukan doktor atau arkitek, kalau akauntan ya,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak beranak itu serta mendoakan agar Leona dipertemukan dengan jodoh terbaik.