Leona Akui ‘Gila’ Perhatian, Tak Kisah Baik Atau Buruk

Leona Akui ‘Gila’ Perhatian, Tak Kisah Baik Atau Buruk

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menjadi perhatian apabila secara terbuka mengakui sukakan perhatian. 

Menerusi satu podcast, anak kepada Azhar Sulaiman itu juga berkata dia bukan saja sukakan perhatian di hadapan kamera, tetapi juga dalam kehidupan seharian.

BACA:Pastikan Dia Tak Kisah Asap Rokok” – Azhar Sulaiman Izinkan Leona Kahwin Tahun Depan

@apaceritapodcast

We love a positive queen ? #ApaCeritaThrowback to one of our viral episodes featuring Kasih Iris Leona ! Leona said it best—whether it’s good or bad attention, stay focused on the positives. Good attention will benefit you, and the bad will eventually disappear. Catch the full episode now on YouTube and Spotify—only on Apa Cerita Podcast! #leona #kasihirisleona

? original sound – apaceritapodcast – apaceritapodcast

Malah, Leona turut menyifatkan dia tidak rasa malu dan tidak segan untuk menawarkan diri berada di atas pentas.

“Saya tidak akan menafikan, saya suka perhatian. Bukan hanya di hadapan kamera tapi bila di luar pun sama. Setiap restoran yang kami pergi, saya mahu orang tahu hari tersebut adalah hari jadi saya.

Saya jenis yang tak segan langsung dan akan menawarkan diri untuk berada di atas pentas tanpa rasa malu. Saya hanya mahu menjadi ‘centre of attention’ dan sangat menyukainya tidak kira baik atau buruk,” katanya.

Sementara itu, Leona turut berpendapat bahawa setiap bentuk perhatian, sama ada positif atau negatif, membawa manfaat dalam kehidupan seseorang.

“Sebenarnya, perhatian yang buruk tak memberi kesan pun kepada saya. Sejujurnya, semua tumpuan itu memberi ganjaran dalam cara sendiri, yang negatif lama-kelamaan akan menyepi.

“Bagi saya, mindset penting. Ramai sahaja orang tak suka saya. Dulu rasa macam satu Malaysia benci tetapi selagi kita fokus pada orang yang baik, itu paling penting,” katanya.


Scroll to Top