Lelaki terharu jumpa pelanggan ‘degil’, selalu pesan makanan extra untuk belanja rider sekali

Lelaki terharu jumpa pelanggan ‘degil’, selalu pesan makanan extra untuk belanja rider sekali

Seorang lelaki terharu jumpa pelanggan ‘degil’ apabila kerap memesan makanan lebih untuk membelanja para rider yang menghantar pesanan tersebut kepadanya.

Menerusi video yang dikongsi seorang rider syarikat penghantar makanan dikenali sebagai nafiezainol, dia telah berkongsi kisah bertemu pelanggan yang cukup baik sewaktu menghantar pesanan.

Lelaki terharu jumpa pelanggan yang hari2 belanja rider sekali

Ujarnya, kejadian tersebut sudah dua kali berlaku dan pelanggan berkenaan menyatakan yang dia memang akan melakukan hal sama kepada rider lain juga setiap kali membuat pesanan makanan.

Dapat dilihat yang nafiezainol juga mendapat sebungkus makanan dan juga air yang sudahpun dibayar oleh pelanggan terbabit.

Lelaki terharu jumpa pelanggan

Lelaki terharu jumpa pelanggan baik dan pemurah

Dalam pada itu, dia juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut dan mengatakan masih lagi ada orang baik di dunia ini.

Dapat dilihat bahawa pelanggan tersebut sepertinya bekerja di salah satu stesen minyak yang terletak di Negeri Sembilan.

Artikel lain: Orang lain hanya tengok, rider dipuji patah balik bantu tolak kereta rosak ke tepi

Kita tengok pun terharu sama

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pelanggan tersebut kerana begitu pemurah lebih-lebih lagi dalam bersedekah setiap hari.

Mereka juga mendoakan agar pelanggan dan juga rider tersebut dimurahkan rezeki di masa hadapan kerana memberi contoh yang baik buat masyarakat.

Bukan susah nak bersedekah

Perkara yang boleh dicontohi masyarakat

Semoga kedua-dua mereka terus diberi rezeki yang belipat kali ganda kerana menunjukkan bahawa masih ada lagi orang baik walaupun tidak saling kenal.

Sumber: TikTok nafiezainol