Lelaki sebak dicium bapa pada hari jadi ke-50 lepas solat -“Orang pertama wish birthday”

Lelaki sebak dicium bapa pada hari jadi ke-50 lepas solat -“Orang pertama wish birthday”

Seorang lelaki sebak dicium bapa pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-50 selepas solat bersama.

Momen haru itu telah dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Azwan Izhar apabila memuat naik rakaman video litar tertutup (CCTV) sewaktu mereka selesai solat secara berjemaah.

Lelaki sebak dicium bapa selepas solat subuh bersama

Dapat dilihat yang warga emas itu telah mencium dahi anak lelakinya sebelum mereka saling berpelukan seusai berdoa di tikar sejadah.

Menerusi kapsyen yang ditulis pengguna TikTok tersebut, dia akui sebak apabila bapa tersayang menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya walaupun dia sudah menjangkau usia 50 tahun.

“Sebak dada lepas solat subuh, abah peluk dan cium kau sempena birthday aku yang ke-50,” tulisnya.

Lelaki sebak dicium bapa, terima ucapan hari lahir paling bermakna

Jelasnya lagi, bapanya turut sebak apabila mengetahui anak lelakinya sudahpun berusia 50 tahun pada tahun ini.

Pengguna TikTok itu menyatakan yang bapanya terharu sejak dia mengambil keputusan bersama isteri dan anak-anak untuk berpindah serta tinggal bersama bapa setelah pemergian ibu tersayang.

“Abah sebak sebab lepas arwah mak meninggal, aku sanggup pindah rumah bawa anak bini duduk jaga abah. Doakan aku dikurniakan kesihatan yang baik jaga abah,” tulisnya.

Lelaki sebak dicium bapa

Artikel lain: Ibu menangis terharu, Jojo Ghazali hadiahkan jam Rolex -“Buat insan paling istimewa”

Nikmat dapat berjemaah dengan bapa

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ikut sebak dengan perkongsian tersebut apabila melihat momen seorang bapa yang masih menunjukkan rasa kasih sayang kepada anak walaupun cahaya matanya sudahpun berusia.

Mereka juga berharap agar dapat merasai nikmat sebegitu juga ketika usia seperti pengguna TikTok itu suatu hari nanti.

Allah beri kesempatan untuk nikmati rasa itu

Sebak lihat momen bapa dan anak lelaki

Menyambut hari lahir yang sudah mencecah separuh abad dengan kehadiran orang tua sememangnya satu perkara yang sangat mengharukan.

Semoga kita semua dapat merasai nikmat tersebut dan ibu bapa kita diberi kesihatan yang baik untuk melihat anak-anak dan cucu tersayang membesar serta bahagia bersama keluarga.

Sumber: TikTok Azwan Izhar

Scroll to Top