Lelaki mengamuk bawa parang panjang ditahan polis

Lelaki mengamuk bawa parang panjang ditahan polis

am@hmetro.com.my

Sandakan: Seorang lelaki yang mengamuk dan mengancam keselamatan awam dengan membawa sebilah parang panjang di sebuah premis di Bandar Indah, semalam, ditahan polis.

Suspek berusia 27 tahun ditahan sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmom Bajah berkata, polis menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sandakan mengenai seorang lelaki yang disyaki mengamuk sambil membawa senjata tajam.

“Hasil tindakan segera di lokasi kejadian, anggota polis berjaya menangkap suspek.

“Polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 70 sentimeter,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top