Lelaki lemas dihanyut kepala air di Air Terjun Asahan

Lelaki lemas dihanyut kepala air di Air Terjun Asahan

TANGKAK: Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan Kolam Air Terjun Asahan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.59 petang apabila Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memaklumkan kejadian tersebut.

ā€œMangsa bersama dua rakannya sedang mandi di kawasan air terjun sebelum tiba-tiba berlaku kejadian kepala air menyebabkan seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras.

ā€œBagaimanapun, dua rakan mangsa masing-masing berusia 27 tahun dan 24 tahun dapat menyelamatkan diri,ā€ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta orang awam masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang hilang. ā€“ UTUSAN

Scroll to Top