am@hmetro.com.my
Arau: Lelaki kurang siuman ditahan kerana disyaki memecahkan pasu bunga hiasan di kaki lima hadapan Istana Arau, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, suspek berusia 42 tahun itu didapati dengan sengaja menolak jatuh lebih lima pasu hiasan di kaki lima antara Tanah Perkuburan Islam Masjid Lama Arau dan Istana Arau.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya yang menerima laporan bertindak mengesan suspek sebelum menahannya.
“Ketika ditahan, suspek mengaku memecahkan pasu bunga di hadapan Istana Arau menyebabkannya ditahan.
“Saringan ujian air kencing mendapati suspek bebas pengaruh dadah dan mempunyai dua rekod jenayah lampau,” katanya.
Katanya, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dirujuk ke Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan.
Tular di media sosial sejak Sabtu lalu berhubung lelaki yang dilihat sengaja menolak jatuh dan merosakkan pasu bunga yang menghiasi landskap bahu jalan sekitar Istana Arau.
© New Straits Times Press (M) Bhd