BACHOK: Perbuatan seorang lelaki yang menghina Perdana Menteri dalam aplikasi TikTok, membawa padah apabila didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh berusia 25 tahun itu membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret dan di tuduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung tindakan lelaki itu pada Jumaat lalu.
Menurutnya, lelaki berkenaan telah bertindak mendatangkan keaiban terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menghasut rakyat setempat supaya tidak menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama di sini pada Sabtu.
āSiasatan mendapati suspek telah menggelarkan Perdana Menteri dengan jolokan nama yang amat memalukan dan mengaibkan iaitu āketimbangā dan
āBang Nonā.
āLelaki itu turut membuat tuduhan bahawa Perdana Menteri akan hadir ke Bachok (Sabtu lalu) untuk menipu orang yang hadir ke majlis tersebut,ā katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.
Mohamad Ismail memberitahu, susulan penahanan itu polis telah merampas telefon milik lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu menyimpan kandungan video dan gambar lucah.
āBagaimanapun, siasatan untuk Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 masih dalam siasatan.
āKetika ini kami (polis) sedang menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.-UTUSAN