Lelaki ditemui rentung dalam bilik tidur

Lelaki ditemui rentung dalam bilik tidur

BUTTERWORTH – Seorang lelaki ditemui maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Assumption, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi, mangsa, Liew Hoong Kwee, 55, ditemui di dalam bilik tidur.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth digerakkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian, didapati benar terdapat kebakaran satu unit rumah kelas B berkeluasan 40×50 kps.

“Kebakaran didapati berlaku di bilik tidur dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top