Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui meninggal dunia di atas siling sebuah rumah di Taman Chemor Perdana, Chemor petang semalam ketika sedang melakukan kerja-kerja pendawaian.
Menurut laporan Kosmo, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri semasa berada di ruangan siling sebelum dimaklumkan kepada pihak bomba.
Bomba dikerah ke lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 6.23 petang.
Pasukan dari Balai Bomba Tambun segera ke lokasi dan melakukan penyelamatan menggunakan tangga ke ruangan siling.
Pasukan perubatan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat diserahkan kepada polis, operasi tamat 8.27 malam

Mayat mangsa kemudiannya diturunkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan sekitar jam 8.27 malam.
#ApaKataOhmedia
Kalau nak buat kerja teknikal seperti pendawaian, pastikan keselamatan dan gunakan peralatan yang sesuai. Jangan ambil mudah kerana sedikit kecuaian boleh mengundang tragedi.
