Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Atas Bumbung Pasar Siti Hajar, Kelantan Pada Raya Kelima | Oh! Media

Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Atas Bumbung Pasar Siti Hajar, Kelantan Pada Raya Kelima | Oh! Media

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui meninggal dunia di atas bumbung Pasar Siti Hajar, Pasir Puteh awal pagi tadi. 

Menurut laporan Berita Harian, kejadian mengejutkan itu telah menggemparkan penduduk setempat yang mula menyedari sesuatu tidak kena apabila terlihat kelibat tubuh di atas bumbung.

Bomba terima panggilan kecemasan jam 4.59 pagi

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, mereka menerima laporan pada jam 4.59 pagi, sebelum menghantar enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Fire Response Vehicle (FRV) ke lokasi kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, lelaki terbabit didapati tidak sedarkan diri di atas bumbung.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital.

Polis sahkan lelaki meninggal atas bumbung, siasatan masih dijalankan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria turut mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi media.

Namun begitu, maklumat lanjut berhubung punca kejadian masih dalam siasatan dan akan dikongsikan selepas laporan lengkap diperoleh pihak polis.

#ApaKataOhmedia

Hati-hati dan peka dengan persekitaran, terutama di kawasan awam. Jika terlihat sesuatu yang mencurigakan, laporkan segera kepada pihak berkuasa agar tindakan pantas dapat diambil.


Scroll to Top