Lelaki ditahan disyaki cabul wanita dalam pasar

Lelaki ditahan disyaki cabul wanita dalam pasar

Georgetown: Polis menahan lelaki berumur 55 tahun kerana disyaki mencabul seorang wanita di Pasar Balik Pulau, di sini semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira 9.55 pagi dan suspek ditahan di rumahnya di Titi Teras pada 4 petang oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya, susulan laporan dibuat mangsa.

Sementara itu, polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan fakta kes, pengadu (mangsa) mendakwa telah dicabul ketika berada di pasar berkenaan.

“Pengadu telah menyedari seorang lelaki telah mencabulnya dari arah belakang. Kejadian itu turut disaksikan oleh dua perempuan,” menurut kenyataan itu di Facebook malam ini.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top