hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelanggan restoran diganggu lelaki dipercayai kurang siuman yang membaling batu, dalam kejadian di Taman Bukit Segar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.15 petang.
Katanya, lelaki dipercayai kurang siuman itu membuat gangguan di restoran berkenaan dengan membaling batu ke arah pelanggan, namun tiada apa-apa kecederaan terhadap pelanggan.
“Justeru, pihak polis ke lokasi dan mengambil serta menghantar lelaki itu ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd