Lelaki ceroboh pintu masuk, sistem kawalan kondominium sudah ditahan

Lelaki ceroboh pintu masuk, sistem kawalan kondominium sudah ditahan

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang menceroboh pos pintu masuk sebuah kondominium dan mengganggu sistem kawalan dalam kejadian di Mont Kiara, Persiaran Dutamas, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki itu ditahan pada 3.14 petang, hari ini.

Menurutnya, suspek bersama seorang lagi lelaki menceroboh ke dalam pos kawalan perumahan berkenaan pada 11.45 pagi, 6 Februari lalu.

“Salah seorang lelaki berkenaan mengganggu sistem kawalan daffat QR menyebabkan kerosakan kepada sistem kawalan palang.

“Susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berumur 56 tahun ditahan pada 3.14 petang, hari ini,” katanya di sini, malam ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top