mhafis@mediaprima.com.my
Kajang: Lelaki yang mencederakan seorang pelajar akibat perselisihan faham ketika memandu di Saujana Impian, di sini, akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata, lelaki berusia 39 tahun yang juga penasihat agensi pelancongan itu akan dituduh di Mahkamah Kajang esok.
Menurutnya, pihaknya sudah mendapat arahan pertuduhan daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki disyaki mencederakan seorang pelajar mencederakan seorang pelajar akibat perselisihan faham ketika memandu di Saujana Impian pada 14 Mac lalu.
Naazron dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 9.24 malam daripada remaja lelaki berusia 17 tahun itu mendakwa dipukul seorang lelaki tidak dikenali.
Beliau dipetik berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku sekitar jam 2.15 petang berikutan perselisihan faham antara dua individu berkenaan ketika memandu, menyebabkan remaja terbabit retak tulang batang hidung dan mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.
Susulan itu, polis menahan lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penasihat agensi pelancongan itu di sekitar Kajang kira-kira pada jam 9.50 malam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.
© New Straits Times Press (M) Bhd