Lelaki ada 6 rekod jenayah ditahan ketika cuba curi mesin basuh dari rumah penduduk

Lelaki ada 6 rekod jenayah ditahan ketika cuba curi mesin basuh dari rumah penduduk

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Cubaan seorang lelaki untuk mencuri sebuah mesin basuh dengan menceroboh masuk sebuah rumah penduduk di Taman Kuala Muda, di sini, gagal apabila dia ditahan orang awam, semalam.

Video kejadian yang berdurasi tiga minit 27 saat turut tular di media sosial.

Menerusi video itu, lelaki terbabit dipercayai datang ke rumah berkenaan dengan menunggang motosikal berseorangan sebelum membuka pagar kediaman berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya dilihat menarik mesin basuh dari rumah berkenaan namun perbuatannya dilihat orang awam yang kemudian menahannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian, 9.20 pagi.

“Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 36 tahun dan beralamat di Kulim. Dia kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan, suspek mempunyai enam rekod jenayah dan tiga kes dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kediaman penduduk,” katanya dihubungi, hari ini.

Tamat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top