Legenda Liverpool, Yeats meninggal dunia

Legenda Liverpool, Yeats meninggal dunia

London: Bekas kapten Liverpool dan pertahanan Scotland, Ron Yeats meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

Yeats menyertai Liverpool dari kelab Scotland, Dundee United pada 1961 dan menyarung lilitan kapten buat kelab berkenaan selama lapan musim.

Yeats pernah menjuarai Divisyen Pertama Liga Bola Sepak sebanyak dua kali bersama Liverpool dan menjadi kapten pertama menjulang Piala FA pada 1965.

Dia meninggal dunia pada malam Jumaat, selepas menderita penyakit Alzheimer baru-baru ini, kata Liverpool.

“Ingatan kami di LFC bersama isteri Ron, Ann, keluarga dan sahabatnya pada masa yang menyedihkan ini,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd