Lebih sejuta rakyat Lubnan jadi pelarian

Lebih sejuta rakyat Lubnan jadi pelarian
Lebih sejuta rakyat Lubnan jadi pelarian

Penduduk Lubnan menghadiri pengebumian mangsa kekejaman Zionis di bandar Khodor, timur Lembah Bekaa. Foto AFP

BEIRUT – Krisis kemanusiaan di Lubnan berisiko menjadi ‘malapetaka dahsyat’ selepas jumlah pelarian di dalam negara mencecah 600,000 orang dalam tempoh hampir tiga minggu selepas Israel melancarkan perang baharu pada 23 September lalu.

Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Beirut, Imran Riza berkata, negara itu sedang berdepan salah satu detik hitam dalam sejarah moden setelah angka penduduk yang hilang tempat tinggal meningkat kepada lebih setengah juta orang dengan kira-kira 350,000 daripadanya ialah kanak-kanak.

Kebanyakan penduduk cuba mencari tempat berlindung setelah Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memperhebatkan serangan ke atas infrastruktur awam dan kawasan penempatan penduduk atas alasan menyasarkan markas Hizbullah.

“Sedangkan peperangan ada peraturan tersendiri. Tetapi, Israel sewenang-wenangnya melanggar undang-undang antarabangsa,” ujar Riza.

Difahamkan, lebih 300,000 penduduk juga nekad merentasi sempadan ke Syria susulan hujan peluru yang semakin sengit dilancarkan rejim Zionis.

Ketika komuniti antarabangsa mendesak pertempuran antara Hizbullah dan Israel dihentikan segera, Perdana Menteri ‘ekstremis’, Benjamin Netanyahu dengan angkuh memberi amaran kononnya Lubnan bakal berdepan peperangan yang panjang senasib dengan Genting Gaza.

Angka korban kekejaman Zionis di Beirut juga meningkat kepada lebih 1,190 orang setelah IDF mula melancarkan operasi darat ke kawasan sempadan selatan negara itu pada 30 September lalu. – AFP

Info

Angka itu hampir menyamai data pada fasa awal perang genosid di Gaza. Kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin hilang tempat dalam tempoh sebulan selepas perang tercetus.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top