Lebih banyak pembunuhan jika gencatan senjata tidak dikekalkan – UNICEF

Lebih banyak pembunuhan jika gencatan senjata tidak dikekalkan – UNICEF

GENEVA – Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa supaya gencatan senjata di Gaza dikekalkan.

Seruan itu dibuat selepas Israel meneruskan serangan ke atas Gaza selepas gencatan senjata berakhir.

“Kami memerlukan gencatan senjata kekal,” kata jurucakap UNICEF, James Elder.

Tegasnya, lebih banyak serangan ke atas Gaza tidak akan membawa kepada apa-apa, selain pembunuhan beramai-ramai.

Beliau berkata, bom dibedil dengan “sangat kuat” di Gaza.

Jurucakap itu menegaskan, ini adalah “peluang terakhir UNICEF membuat gesaan sebelum kami perlu menjelaskan” mengapa perang terhadap kanak-kanak tidak dapat dihentikan.

Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera ketika Israel meneruskan serangan di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza dalam tempoh tiga jam selepas gencatan senjata tamat, kata Kementerian Kesihatan di Gaza. – Agensi