Lebih 50,000 kenderaan lalu LPT2

Lebih 50,000 kenderaan lalu LPT2

am@hmetro.com.my

Kuala Nerus: Lebih 50,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sempena sambutan Deepavali dan cuti hujung minggu.

Pengurus Wilayah LPT2, Mohamad Pazli Kasim berkata, ia membabitkan tambahan kenderaan sehingga 45 peratus berbanding hari biasa.

“Meskipun berlaku pertambahan kenderaan,namun aliran trafik lancar di kedua-dua arah.

“Statistik menunjukkan 17,000 kenderaan menggunakan LPT2 untuk ke negeri ini semalam (Selasa), meningkat satu peratus manakala hari ini (Rabu) 27,000 atau pertambahan 45 peratus,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Mohamad Pazli berkata, trafik terus meningkat susulan tempoh pemberian tol percuma yang berakhir tengah malam ini.

Beliau menasihati pengguna lebuh raya agar berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya, selain peka dengan perubahan cuaca.

Pengguna juga dinasihat memantau perkembangan trafik menerusi portal LPT2 dan merancang perjalanan sebaiknya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top