Dilaporkan lebih 500 pekerja TikTok di Malaysia diberhentikan oleh pemiliknya, ByteDance dan dinyatakan pada e-mel pekerja yang terlibat.
Laporan dari The Malaysian Reserve (TMR) mengatakan TikTok menggunakan gabungan sistem automatik dan manusia sebagai moderator untuk mengendalikan kandungan di platform itu.
Proses ini direka khas untuk menapis kandungan tidak sesuai, berbahaya atau melanggar polisi berkaitan kecerdasan buatan (AI) TikTok melalui pembelajaran yang dikawal selia manusia.
Maklum balas manusia digunapakai untuk meningkatkan ketepatan dan keupayaan kandungan AI.
Selain Malaysia, 450 pekerja TikTok di Indonesia juga sudah diberhentikan pada bulan Jun lepas.
Adakah Era AI untuk mengambil kerja-kerja manusia sudah bermula? Pastikan korang mempunyai banyak skill dan mental yang bagus untuk terus kekal relevan di syarikat masing-masing.