roha@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Vaksin yang diterima oleh Malaysia menerusi perolehan kerajaan dan juga sumbangan daripada negara luar sehingga kini berjumlah 26,383,670 dos.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sehingga 26 Julai yang lalu, jumlah vaksin yang diterima daripada syarikat pembekal menerusi perolehan kerajaan sebanyak 23,88 juta dos.
Katanya, daripada jumlah ini, sebanyak 1,085,790 dos diterima pada suku pertama; 8,906,530 dos dihantar pada suku kedua, manakala bakinya jumlah vaksin yang diterima pada bulan Julai.
“Selain daripada bekalan vaksin yang diterima daripada perolehan, Kerajaan Malaysia juga telah menerima sumbangan vaksin daripada tiga buah negara.
“Tiga buah negara itu ialah Jepun yang menyumbang 998,400 dos vaksin AstraZeneca yang diterima pada 1 Julai. Amerika Syarikat menyumbang 1,000,350 dos vaksin Pfizer yang diterima pada 5 Julai. China menyumbang vaksin Sinovac sebanyak 500,000 dos yang diterima pada 16 Julai,” katanya pada sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd