LBS lancar Centrum Iris dengan GDV RM472 juta

LBS lancar Centrum Iris dengan GDV RM472 juta

PETALING JAYA: LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan Centrum Iris dengn nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM472 juta yang merupakan presint kedua di Cameron Centrum dan pembangunan bercampur terbesar dengan pelbagai tawaran komersial di Cameron Highlands, Pahang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, Centrum Iris mencerminkan visi LBS untuk mencipta pembangunan bersepadu yang memenuhi gaya hidup moden.

Katanya, ini sekali gus menawarkan persekitaran kehidupan dinamik dengan keseimbangan antara kemewahan, kemudahan, dan ketenangan. 

Menurutnya, dengan gabungan seni bina bergaya dan kemudahan yang pelbagai, kami bukan sahaja mentakrifkan semula kehidupan di tanah tinggi, malah menetapkan penanda aras baharu untuk pembangunan bercampur di Cameron Highlands.”

“Seiring dengan perkembangan portfolionya, Centrum Iris merupakan permulaan kepada lebih banyak projek menarik yang bakal dilancarkan. 

“Pembangunan masa hadapan ini memberi nilai tambah kepada penduduk sekitar, di samping menawarkan kemudahan inovatif dan elemen unik yang menggabungkan keselesaan serba moden, disulam dengan keindahan semula jadi tanah tinggi. 

“LBS teruja untuk memulakan tahun 2025 dengan projek baharu, selaras dengan visi kami untuk menyediakan kediaman yang memenuhi keperluan rakyat yang lebih dinamik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, terletak di lokasi strategik di pusat komersial Brinchang, pembangunan ini dijangka mentakrifkan semula kehidupan di tanah tinggi dengan gabungan elemen moden dan daya tarikan klasik Inggeris. 

Jelasnya, dengan pengiktirafan sijil Silver GreenRE1, Centrum Iris menawarkan 705 unit kediaman dengan saiz antara 595 hingga 1,370 kaki persegi dan harga bermula daripada RM476,000. 

“Selain itu, pembangunan ini turut merangkumi 26 unit komersial yang berkeluasan antara 615 hingga 2,944 kaki persegi, dengan harga bermula daripada RM676,000. 

“Direka dengan teliti, pembangunan bercampur ini memenuhi keperluan pemilik rumah dan pemilik perniagaan, menggabungkan kemudahan bandar dan keindahan semula jadi,” ujarnya.-UTUSAN

Scroll to Top