Orang ramai yang merancang untuk keluar tengah hari ini dinasihatkan agar semak semula laluan perjalanan anda sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.
Menurut laporan Kosmo, sebanyak 15 laluan utama akan ditutup bermula 12.30 tengah hari ini dan antara jalan yang terlibat termasuk:
- Jalan Sultan Abdul Halim
- Jalan Sultan Iskandar
- Jalan Damansara
- Jalan Istana
- Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban
- NPE, SUKE, SPE
- Lebuh Raya KESAS, MEX
- Lingkaran Putrajaya
- Lebuh Raya Putrajaya-Dengkil
- Persiaran Selatan
- Lebuh Gemilang
- Jalan P5
Penutupan ini dijangka berlangsung selama 30 hingga 45 minit, bergantung kepada pergerakan delegasi.
Rakyat diminta bersabar dan patuh arahan polis
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), penutupan laluan dilakukan sepenuhnya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pergerakan rombongan Presiden China sepanjang lawatan rasmi ini.
Pihak polis juga menasihatkan pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi semua arahan trafik sepanjang tempoh tersebut.
Lawatan Xi Jinping ke Malaysia selama 3 Hari
Xi Jinping tiba di KLIA pada jam 6.30 petang semalam dengan pesawat Boeing 747 milik Air China. Ketibaan beliau disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Bunga Raya.
Turut hadir menyambut ketibaan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Lawatan negara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula Isnin hingga Khamis, dengan pelbagai perbincangan dan pertemuan rasmi dijadualkan.