lizamridzuan@hmetro.com.my
Acara larian kini semakin mendapat tempat dalam penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi di negara ini.
Untuk itu diadakan baru-baru ini acara Larian Yamaha GENBLU 2024 yang diadakan di Dataran Wawasan, Putrajaya anjuran pengilang motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).
Lebih 15,000 peserta menyertai acara itu yang juga mempromosikan gaya hidup sihat untuk peminat aktiviti larian dan motosikal Yamaha.
Acara utama yang dipertandingkan ialah larian 10 kilometer (km) dengan empat kategori utama iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteran Lelaki dan Veteran Wanita serta Fun Run sejauh 5km yang terbuka kepada semua.
Selain larian terdapat banyak lagi aktiviti sampingan seperti zumba, jualan barangan dan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal Yamaha Y15ZR Baharu.
Acara ini turun mendapat sokongan daripada beberapa rakan penaja seperti JomRun, Ultron, Track Asia serta Hong Leong Berhad dan AEON Credit Services.
Kepada mereka yang mendaftar melalui Aplikasi GenBlu Rewards turut menerima 500 mata percuma selain e-baucar RM5 GenBlu Cafe untuk 1,000 yang pertama.
Acara larian dilepaskan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Prof Dr Jim Khor.
© New Straits Times Press (M) Bhd