Langsung tak sedih lepas sah bercerai, lelaki tersenyum keluar pejabat agama

Langsung tak sedih lepas sah bercerai, lelaki tersenyum keluar pejabat agama

Penceraian bukanlah sesuatu yang setiap pasangan harapkan. Pastinya setiap pasangan yang berumah tangga mahukan perhubungan yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Namun begitu, jika sudah berada di satu tahap yang tiada lagi jalan penyelesaian, mungkin berpisah adalah langkah terbaik.

Walau bagaimanapun, kebiasaannya seusai mahkamah mengesahkan penceraian, selalunya pihak lelaki dan wanita akan berasa sedih lagi-lagi jika telah mempunyai anak.

Akan tetapi, perkara itu berbeza dengan pengguna TikTok ini apabila dilihat melompat kegembiraan sewaktu keluar membawa sijil penceraian di luar mahkamah.

@rsraymaster001

🐊 Jalan terus #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #official

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

Walaupun ada yang memerli dengan mengingatkannya untuk tidak culas dalam membayar nafkah, dia telah menjawab bahawa anak bongsunya akan tinggal bersamanya.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi beberapa video menyatakan bahawa anak-anaknya adalah kekuatannya kini dan berharap supaya mereka berjaya di dunia dan di akhirat.

@rsraymaster001

Kekuatan papa😘.. terus melangkah ke #fyp #fypdongggggggg #kenanganmasakecilku

♬ Kenangan Masa Kecilku – Laoneis

Tambahnya lagi, bila seseorang itu sudah tawar hati, mereka boleh sahaja menjadi orang yang betul-betul tiada perasaan dan berubah ke satu tahap yang tidak dijangka oleh orang sekeliling.

@rsraymaster001

Percaya!! Pasti ada PELANGI selepas hujan.. ayuhh sama2 #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #official

♬ Dj haning Sing Pusing Muka kaya kingkong – Nvalrnz

Perkongsian lelaki tersebut telah mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai maklum balas yang berbeza.

Ada yang menyatakan bahawa tidak perlu berasa sedih apabila ‘keluar’ dari perhubungan toksik kerana jika dibiarkan boleh memakan diri sendiri.

Namun begitu, ada juga yang pernah alami perkara sama namun berasa sedih berikutan memikirkan nasib anak-anak yang sedang membesar.

 

Sumber: TikTok @rsraymaster001

Scroll to Top