Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dia menjadi mangsa sihir sehingga mengalami gangguan teruk dan diancam secara halus.
Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Nonny meluahkan kesengsaraan yang ditanggung sehingga terpaksa meminta pertolongan dari pihak berkuasa.
BACA: Nonny Nadirah Pakai Bra Hitam Nyanyi Lagu Arab
“Assalamualaikum Balai Polis Bukit Aman. Saya Nonny Nadirah Zainuddin diganggu teruk oleh sihir daripada golongan tiga. Di mana saya boleh membuat laporan? Terus menerus diancam secara halus. Dapat bantu saya tak?
“Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi Ta’ala, saya tak gila. Allah cerita semua tentang perbuatan mereka,” tulisnya.
Sementara itu, Nonny berkata dia hanya mampu bersuara melalui media sosial kerana semua saluran lain seolah-olah disekat secara halus.
Malah, Nonny turut meluahkan rasa bimbang memandangkan keluarganya turut menerima ancaman serta merayu agar pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.
“Bapa saya dibunuh. Kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam ahli keluarga saya yang lain lagi. Harap Tuan boleh bantu saya walaupun dari jauh. Saya hanya ada Allah Tuan,” tulisnya.