Suami Elisya Sandha iaitu Uzair Haqimy Azman memfailkan tuntutan sebanyak RM808,260 terhadap ikon fesyen, Wak Doyok.
Menurut laporan mStar, tuntutan hampir RM1 juta itu telah dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Januari lalu dengan mendakwa syarikat milik Wak Doyok iaitu WD Food Group Sdn Bhd telah melanggar perjanjian.
Anak sulung pelakon Sheila Rusly itu berkata, pihaknya mengambil tindakan saman selepas syarikat itu gagal dan cuai mematuhi dua perjanjian perkhidmatan sewa kenderaan dalam tempoh 24 bulan bermula 22 Disember 2023 dan 21 Jun tahun lalu.
Suami Elisya Sandha
“Pihak WD Food membuat pembayaran awal tetapi mereka gagal menyelesaikan pembayaran tertunggak bagi kedua-dua perjanjian.
Kami sudah berusaha menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberi peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan namun mereka gagal mematuhi tuntutan tersebut.
“Maka kami terpaksa membawa perkara ini ke peringkat mahkamah selepas tiada tindak balas daripada mereka selepas notis diserahkan pada Disember tahun lalu,” katanya.
Uzair berharap pihaknya mendapat keadilan sewajarnya berhubung kes tersebut kerana sudah mengalami kerugian besar dan hadapi cabaran untuk menstabilkan semula kewangan syarikat.
Artikel lain: Empat bulan di penjara Narathiwat, Eda Ezrin sudah faham bahasa Thailand
Suami Elisya Sandha
“Saya harapkan keadilan untuk syarikat sebab sudah tentu kami terkesan dengan apa yang berlaku.
“Nak kata sudah kembali stabil pun tidak juga tapi kami cuba uruskan perniagaan dengan baik,” jelasnya.
Peguam Uzair iaitu Ismail Mohamed Ariffin menjelaskan tuntutan berjumlah RM808,260 itu termasuk penalti kelewatan pembayaran yang merangkumi ganti rugi am, faedah sebanyak 5 peratus setahun dan kos tindakan guaman.
Sumber: mStar (Amin Hazlan)