Sempena ulang tahun kelima Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com), syarikat ini telah lancar Kempen Umrah 1000 Asnaf untuk memberi balik kepada komuniti.
Kempen ini dilaksana untuk meraikan tujuan asal ikhlas.com iaitu memudahkan akses kepada umat Islam untuk menunaikan umrah sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
ikhlas.com lancar kempen Umrah 1,000 Asnaf
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata hasrat utama ikhlas.com adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada golongan yang kurang diberi perhatian.
“Hasrat ikhlas.com adalah menyediakan perkhidmatan kepada golongan yang kurang diberi perhatian seperti syarikat induk kami, AirAsia (kini Capital A Berhad) tetapi dalam memenuhi pasaran umrah.
“Oleh itu, selepas lima tahun, kami ingin meraikan hakikat bahawa ikhlas.com kini merupakan pengendali umrah yang diyakini dengan harga yang paling berpatutan dan jaminan kualiti perkhidmatan khusus utnuk Tetamu Allah.
“Pakej flagship kami bermula serendah RM4,990 adalah ‘basic’ tetapi dilengkapi dengan penginapan, pengangkutan, umrah berpandu mutawif, ziarah dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan jemaah,” katanya.
Kempen Umrah 1000 Asnaf bantu golongan berkemampuan tunai umrah
Sebelum ini, pada awal penubuhan ikhlas.com, syarikat itu menggerakkan perniagaannya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan gaya hidup Islam termasuk Sadaqah bagi membantu komuniti yang memerlukan berikutan pandekim Covid-19 pada 18 Mac 202.
Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun berkata pihaknya mengharapkan rakan kongsi lain menyertai pergerakan itu demi manfaat ummah.
Artikel lain: Tipu pakej umrah guna wajah selebriti: Menteri Agama sifatkan perbuatan hina & keji
“ikhlas.com juga disokong rangkaian perniagaan Capital A yang meraikan langkah penting ke arah pengeluaran syarikat daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dengan kelulusan Cadangan Pelang Regularisasi oleh Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).
“Kami mengharapkan rakan kongsi lain menyertai pergerakan ini demi manfaat ummah,” ujarnya.
Sementara itu, bagi memacu kempen Umrah 1,000 Asnaf di seluruh negara, sebuah Mercedes S124 300TE klasik 1987 yang digelar ‘Qashwa’ akan menjelajah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam pencarian calon yang layak untuk ditaja menunaikan Umrah.
Qashwa juga mewakili umat Islam masa kini dan jenama ikhlas.com juga menegakkan nilai tradisi Islam dalam pendekatan moden sekaligus menjadi simbol komitmen syarikat ini untuk menghulurkan bantuan serta impak positif menerusi usaha tanggungjawab sosial.
Qashwa akan menjelajah ke seluruh Malaysia meliputi kawasan dalam dan luar bandar bersama barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan keperluan asas untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.
ikhlas.com menjelaskan Qashwa membawa misi untuk meraih penglibatan dan menggerakkan komuniti setempat di seluruh negara dalam usaha mengenal pasti calon paling sesuai.
“Selain itu, misi Qashwa juga mendapatkan sokongan daripada semua pihak seperti para dermawan, entiti korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta dan kerajaan untuk menjayakan kempen ini,” jelas ikhlas.com.
ikhlas.com bakal jelajah Malaysia cari golongan kurang berkemampuan sempena kempen Umrah 1000 Asnaf
Rakyat Malaysia boleh menghantar pencalonan melalui Instagram @ikhlasdotcom dengan tanda pagar #IkhlasUmrah1000Asnaf dan bukti visual situasi asnaf dan ikhlas.com akan melawat calon yang disenarai pendek untuk temuduga sebelum memilih penerima tajaan kempen Umrah 1000 Asnaf.