Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Pelakon veteran Lan Zailan, 66, meninggal dunia pada jam 4.20 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas 23 hari menerima rawatan.

Pemergiannya dimaklumkan oleh isterinya, Ruby Sara Omar, kepada rakan-rakan artis melalui mesej menerusi WhatsApp.

“Assalamualaikum, saya isteri kepada Zailan ingin memaklumkan beliau baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir,” tulis Ruby.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikapankan di PPUM sekitar jam 8 pagi sebelum dibawa ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana, untuk solat jenazah.

Pengebumian dijadualkan berlangsung di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Lan Zailan, atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin, sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.

Pelakon veteran berbakat ini telah menerima rawatan di PPUM sejak 27 November lalu.

Scroll to Top