Lambat nak tukar lorong, anggota ‘escort’ VIP rosakkan cermin sisi kenderaan lain?

Lambat nak tukar lorong, anggota ‘escort’ VIP rosakkan cermin sisi kenderaan lain?

Memandu di lebuh raya sememangnya memerlukan fokus serta tolak ansur yang tinggi bagi mengelakan sebarang kemalangan berlaku.

Namun, kadangkala ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan kenderaan yang kita pandu mengalami kerosakan akibat tindakan pihak lain.

Hal ini samalah seperti luahan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @FannnF apabila cermin sisi keretanya mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh kenderaan lain dipercayai konvoi orang kenamaan.

Walau bagaimanapun, dia tidak pasti sama ada pihak polis atau pengawal VIP tersebut yang menlanggarnya susulan tindakannya lambat bergerak ke lorong kiri memandangkan trafik agak berbahaya ketika itu.

Susulan daripada apa yang berlaku terhadapnya di Lebuhraya Elite berdekatan bandar Saujana Putra, pengguna Twitter berkenaan mempersoalkan adakah laluan untuk kenderaan VIP lebih utama berbanding nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Bagi mengelakkan salah faham berkaitan pemanduannya, @FannnF menjelaskan yang gambar tersebut diambil oleh isteri yang berada disebelah. Dia sama sekali tidak memegang telefon bimbit semasa sedang memandu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet akui berang melihat perkara itu. Ada juga yang berkongsi kisah hampir serupa dengan yang dialami lelaki terbabit.

Walau bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak VIP tersebut dan berharpa isu ini tidak berulang kembali.

 

Sumber: Twitter @FannnF

Scroll to Top