“Laki Curang Kau Kena Diam Baru Classy…Pergi Meninggal Dengan Term Classy Kau”

“Laki Curang Kau Kena Diam Baru Classy…Pergi Meninggal Dengan Term Classy Kau”

Pempengaruh media sosial, Cik Epal memuat naik satu hantaran membidas netizen yang memintanya untuk ‘berdiam diri’ mengenai isu membabitkan dirinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cik Epal memberikan kata-kata sindiran mengatakan jika suami berlaku curang kita perlu berdiam diri baru dilihat ‘classy’.

BACA: “The World of the Married Sangat Vibe Ni” – Netizen Dakwa Dewi Tiru Imej Cik Epal

Sindirnya lagi, jika ada wanita yang cuba ‘pegang’ anak anda, perlu berdiam diri baru ‘classy’ dan penyondol yang berdiam diri terus dilihat ‘classy’.

“Jadi perempuan dekat Malaysia ni memang yang munafake akan disanjung. Laki kau curang kau kena diam baru classy. Ada betina hamak try hard pegang anak kau, kau kena diam baru classy. Penyondol diam je nampak lagi classy katanya.

“Ye lah, dah kerja dia menyondol. Memang lah dia diam. Dia tembak aku satu point, aku boleh lawan doplohnam juta point balik dekat betina hamak,” katanya.

Sementara itu, Cik Epal berkata jika pihak disana berdiam diri dari awal dia juga tidak akan bersuara. Tambahnya lagi, setiap individu ada cara tersendiri untuk pertahankan diri mereka.

“Pastu compare aku dengan perempuan teraniaya lain. Ex depa tak tantrum boleh cerita la. Kalau ex aku diam dari awal, aku pon tak akan berkutik la.

“Eh pergi meninggal la dengan term “classy” kau. Kau nak jadi classy, kau pergi lah ikut mazhab classy kau. Yang menekan-nekan orang nak ikut tekak kau apa hal?” katanya.


Scroll to Top