Kumpulan ingkar arahan berarak ke Parlimen akan disiasat

Kumpulan ingkar arahan berarak ke Parlimen akan disiasat

 

KUALA LUMPUR – Polis Daerah Dang Wangi telah mengenal pasti individu yang tidak mengendahkan arahan sekumpulan individu yang meneruskan perarakan ke Parlimen pagi tadi untuk menyerahkan memorandum,

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, 20 individu terbabit telah dinasihati supaya tidak berarak kerana penyerahan memorandum itu tekah diselarasakan oleh pihak Parlimen untuk diadakan di Tugu Negara antara penyerah dan penerima.

“Walau bagaimanapun, pihak penyerah tidak mengendahkan arahan daripada pihak polis dengan meneruskan perjalanan ke Parlimen,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, tambahnya, Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan akan
dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut. – MalaysiaGazette

Scroll to Top