Kucing Rafizi hilang

Kucing Rafizi hilang

KUALA LUMPUR- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli meminta bantuan penduduk Putrajaya untuk menghubungi beliau sekiranya terjumpa kucingnya yang tidak pulang ke rumah sejak dua hari lalu.

“Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

“Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar.

“Dia terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu turut memuat naik video Muffin.- MalaysiaGazette>