“Krim Muka Adelia, Lebih Banyak Dari Saya..” –  Anak ‘Mentor’ Kecantikan Amy Mastura! – Hijabista

“Krim Muka Adelia, Lebih Banyak Dari Saya..” –  Anak ‘Mentor’ Kecantikan Amy Mastura! – Hijabista

Melahirkan anak adalah momen paling indah dalam hidup seorang wanita. Segala kesakitan hilang bila melihat si kecil yang baru dilahirkan. Walaupun terpaksa menjalani tempoh berpantang mengikut waktu ditetapkan. Berpantang juga dikatakan sesi untuk seseorang wanita itu ‘berehat’ dari segala aktiviti dan hanya menumpukan perhatian pada si kecil.

Malah berpantang ini adalah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan dan mendapat berat yang ideal seperti sebelum hamil.

Bukan sahaja dari segi menjaga pemakanan, tetapi amalan lain seperti bertungku, sauna dan urut akan membolehkan badan seseorang itu turun dengan cepat.

Seperti perkongsisn influencer atau instafamous Asyalliee yang baru sahaja melahirkan anak keduanya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Asyallie Timang Anak Kedua Pada Usia Muda

Biarpun hidup dalam arus kemodenan, namun Asyallie masih lagi mengekalkan cara orang lama iaitiu menjalani tempoh berpantang, terutama bab amalan yang dilakukan serta pemakanan.

Baru masuk hari ke 10 dia berpantang, berat badan sudah berjaya turun sebanyak 9 kg. Ini adalah disebabkan amalan berurut, bersauna, mandian herba dan makanan makanan sihat dan juga turut memakai bengkung.

Dia juga turut mensasarkan untuk mendapat berat sehingga 50 kg untuk kembali kepada fizikal sebelumnya.

Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9kg Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat sihat sahaja and pakai bengkung . Thank you to my CL kak ida dari @natalismothercareyang menjaga saya . Ada 34hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50kg balik ni

Bukan itu sahaja, Asyalliee juga turut menjaga pemakanan sewaktu betpantang. Sepanjang tempoh itu, dia yang menggunakan khidmat @natalismothecare ini turut menyediakan makanan pantang yang sihat, sedap dan berkhasiat.

Walaupun ramai beranggapan makanan pantang itu tidak berapa enak dan menu yang simple, tetapi sebenarnya ia adalah makanan paling berkhasiat buat ibu-ibu selepas melahirkan.

Dalam posting dimuat turun, instafamous yang punya follower lebih sejuta ini memberitahu kebaikan berpantang dengan mengambil pemakanan berasaskan sumber protein dan savuran.

Menurutnya dengan hanya mengambil makanan untuk ibu berpantang ini yang simple tetapi ia merupakan makanan pantang paling sedap. Malah berat badan juga akan turun, badan kembali sihat dan paling punting susu badan menjadi banyak.

Walaupun nampak simple tapi percayalah , makanan pantang la paling sedap . Berat badan turun, badan pun sihat and yang paling penting susu badan banyak  Thank you my CL kak ida dari @natalismothercaremasak sedap sedap setiap hari selama berpantang ni 

Perkongsian ini mendapat komen positif dari followernya yang rata-rata bersetuju dengan pengambilan pemakanan sihat ketika tempoh berpantang.

masturahusin Btl mknn pntg memg sedp bertmbh2 sy dlu siap mak marah lgi hehehe

delleshahrom Betul lauk berpantang paling best

Dalam posting lain juga Asyalliee ada muat turut hidangan lain untuknya sepanjang berpantang. Salah satu adalah peria. Walaupun sebelum ini tidak pernah makan peria, terapi menurut orang yang menjaganya sepanjang tempoh berpantang, peria boleh buat kita jadi awet muda menyebabkan dia terus makan peria yang dimasak berkenaan.

Day 5 pantang menu 
Act peria asya tak pernah makan pun sebelum ni tau, tapi kak ida bagitahu yang peria bagus untuk awet muda terus ngap masuk mulut Memang best betul masakan kak ida dari @natalismothercare dengan hiasan macam dekat hotel okkk

Sepanjang tempoh berpantang bagi instafamous yang cukup popular denga tageline ‘Macam cantik je Macam comel je’ ini, perkhidmatan @natalismothercare  bukan sahaja menjaga dirinya tetapi juga menguruskan keperluan babynya Siti Halena Adrianna dari hari pertama kelahiran.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ASYALLIEE

JANGAN LUPA UNTUK SAKSIKAN JUGA VIDEO INI

 

 

Scroll to Top