KPN ziarah waris pesara polis

KPN ziarah waris pesara polis

mhafis@mediaprima.com.my

Taiping: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, meluangkan masa mengadakan ziarah kebajikan dengan menyantuni keluarga pesara polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, hari ini.

Razarudin melawat keluarga Allahyarham Koperal Mohamad Nor Md Isa bertempat di kediaman mereka, Taman Kamunting Mutiara, Kamunting, di sini.

Pada tahun 2012, Allahyarham Koperal Mohamad Nor terlibat dalam kemalangan bersama isteri dan anak bongsunya, Noorhidayah Mohamad Nor, yang ketika itu berusia 22 tahun. Noorhidayah terselamat, manakala Allahyarham Koperal Mohamad Nor dan isterinya meninggal dunia dalam kejadian itu.

Noorhidayah, yang kini berusia 35 tahun, disahkan lumpuh akibat kemalangan tersebut dan kini dijaga oleh kakaknya, Noorfarleny Mohamad Nor. Dia menjalani rawatan susulan setahun sekali bermula pada 24 April ini.

Turut bersama Razarudin ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Razarudin dan isteri menitipkan doa, memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral, selain turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian kepada Noorhidayah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top