Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terima 894 laporan kes melibatkan pendakwah bebas, Zamri Vinoth.
Memetik laporan dari Sinar Harian, pihak polis ketika ini masih menunggu arahan daripada pejabat Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan ke atas pendakwah bebas berkenaan yang didakwa menghina agama Hindu.
Terima 894 laporan kes libatkan Zamri Vinoth, polis dah ambil rakaman percakapan
Ujar Razarudin, rakaman percakapan Zamri juga sudah dibuat dan kertas siasatan telahpun diserahkan kepada AGC untuk proses seterusnaya.
“Proses rakaman percakapannya juga sudah dilakukan dan kertas siasatan juga sudah diserah ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
“Kertas siasatan masih dalam kajian pihak AGC. Setakat ini, belum ada arahan lanjut,” katanya.
Artikel lain: Dengar nasihat Menteri Perpaduan, Saravanan tak jadi debat dengan Zamri pasal agama
Terima 894 laporan kes libatkan Zamri Vinoth berkaitan 3R
Dalam pada itu, beliau turut mengulas berkenaan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) yang berlaku dengan memaklumkan terdapat 31 kes yang diterima oleh pihaknya sepanjang tahun ini.
Jelasnya, terdapat 17 kes yang membabitkan institusi diraja, perkauman (2 kes) dan agama (12 kes).
Beliau menegaskan bahawa penyebaran isu 3R yang mempunyai niat jahat ini akan menimbulkan suasana tegang dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik, kestabilan ekonomi dan keharmonian antara kaum di negara ini.
“Isu 3R adalah strategi perang baharu yang boleh memusnahkan negara dengan hanya melalui hujung jari,” katanya.
Justeru itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk terus bersikap matang dan tidak terlalu mengikut emosi andai menerima maklumat atau pun berita yang belum tahu kesahihannya dari media sosial.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)