Kostum Belle Strelle Dalam Satu Acara Didakwa Tak Sesuai, Tuan Badan Tampil Mohon Maaf | Oh! Media

Kostum Belle Strelle Dalam Satu Acara Didakwa Tak Sesuai, Tuan Badan Tampil Mohon Maaf | Oh! Media

Seorang pempengaruh popular, Belle Strelle mencetuskan kontroversi selepas menggayakan kostum watak Maleficent ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Terbaru! Dia tampil memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya itu, yang dikatakan menyerupai syaitan atau iblis dari sudut agama.

Belle Strelle tidak tahu kostum dianggap tak sesuai

Menurut laporan Oh Bulan, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Aliah mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa dia tidak tahu kostum tersebut dianggap tidak sesuai menerusi satu siaran langsung di Tiktok.

Ketika dimaklumkan tema acara adalah fantasi, terus terlintas watak Maleficent. Saya suka tengok filem itu, tapi pada malam kejadian, ada yang cakap salah berpakaian sedemikian kerana ada tanduk dan bersayap.

Belle turut menyatakan bahawa dia bertanya kepada pihak lebih arif dan dimaklumkan bahawa memakai kostum bertanduk adalah tidak elok dari sudut agama.

Sumpah demi Allah, saya tidak tahu. Saya tiada niat nak menyerupai syaitan, walau ada netizen kata seperti iblis.

Ambil pengajaran dan janji lebih berhati-hati

Belle mengakui kesilapan itu berpunca daripada keterujaannya terhadap tema acara. Dia menerima kecaman netizen dengan hati terbuka dan melihatnya sebagai pengajaran penting.

Mungkin disebabkan terlalu teruja juga yang buat saya tidak sedar bahawa kostum itu salah. Saya mohon maaf sangat-sangat.

Belle juga menegaskan bahawa ini kali pertama dan terakhir dia akan memakai kostum seperti itu.

Saya tidak boleh tegakkan benang yang basah kerana yang salah tetap salah.

#OhmediaNasihat

Kadang-kala, keterujaan kita dalam sesuatu perkara boleh membuatkan kita terlepas pandang hal yang penting. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih pakaian atau tindakan, terutama jika ia melibatkan sensitiviti agama dan budaya. Kesalahan itu satu pengajaran, tapi belajar darinya adalah pilihan kita.


Scroll to Top