Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM44 juta untuk menampung 236 lawatan rasmi menteri ke luar negara sepanjang tahun lalu.
Lawatan ini termasuk mesyuarat dengan organisasi antarabangsa seperti PBB, APEC, ASEAN, OIC, WEF dan D-8.
Kenapa kerajaan perlu buat lawatan?

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, kehadiran menteri dalam mesyuarat ini penting bagi memperkukuh hubungan diplomatik dan meningkatkan peranan Malaysia di peringkat global.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) demi merancakkan ekonomi negara.
Adakah ia membazir?

Perbelanjaan ini dirancang dengan teliti supaya setiap lawatan membawa manfaat yang jelas, selaras dengan langkah penjimatan kerajaan.- Katanya.
Dr. Zaliha menjelaskan bahawa setiap lawatan mematuhi garis panduan kewangan kerajaan dan dirancang secara berhemah supaya memberikan nilai tambah yang maksimum.
