Korban gempa bumi Myanmar lebih 2,000

Korban gempa bumi Myanmar lebih 2,000

Yangon: Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 magnitud yang melanda Myanmar pada Jumaat meningkat kepada 2,056 orang, dengan kira-kira 3,900 cedera dan hampir 270 lagi dilaporkan hilang, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Isnin, lapor Xinhua.

Pasukan penyelamat antarabangsa dan tempatan kini mengejar masa untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan yang terjejas.

Kumpulan pertama bantuan bencana yang disediakan oleh Kerajaan China tiba di Myanmar pada Isnin.

– BERNAMA-XINHUA

TAG: Myanmar, gempa bumi, angka korban, meningkat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top