Pelakon popular Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, kini menjadi bualan ramai selepas isu hutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
BACA: MARA Mula Ambil Tindakan Undang-Undang, Che Ta Dan Anak Sulung Mungkin Muflis
Terbaru, Harian Metro melaporkan selepas isu tersebut, netizen di Instagram mempersoalkan mengenai dakwaan hutang dengan seorang kontraktor pula.
Che Ta didakwa hutang kontraktor?
Komen pedas dari seorang pengguna berbunyi:
Kesian kepada kontraktor-kontraktor yang awak tak bayar kerja mereka itu, makcik. Tak takut azab neraka ke?”
Pelakon kelahiran Utara, Che Ta tidak berdiam diri dan membalas dengan tegas dakwaan yang dikemukakan individu terbabit.
Kontraktor mana yang saya berhutang itu? Ada bukti ke?”
Difahamkan, dakwaan hutang kontraktor ini timbul susulan satu hantaran dari seorang individu dalam bidang pemasangan rumput palsu.
Rakan Che Ta bantu langsaikan hutang kontraktor
Terbaru, kontraktor dikenali sebagai BaNi Rahman bertindak memadam hantaran berkenaan kerana hutang telah dilangsaikan.
Menurut kontraktor ini, sahabat baik Che Ta iaitu Mohamad Anas Zahrin membuat bayaran berkenaan secara senyap-senyap kepadanya tanpa pengetahuan Che Ta.
Beliau meluahkan rasa syukur dan akan menggunakan wang tersebut melangsaikan hutang staf yang tertunggak.
#OhmediaNasihat
Alhamdulilah selesai satu isu. Kes ini menunjukkan pentingnya peranan sahabat baik yang membantu menyelesaikan masalah tanpa menimbulkan lebih banyak isu. Kita juga diajar untuk menyelesaikan hutang dengan segera bagi mengelakkan fitnah dan menjaga hubungan baik.