Konsert Pinkfish: Tiga Maut Akibat Ambil Dadah Perangsang

Konsert Pinkfish: Tiga Maut Akibat Ambil Dadah Perangsang

Korang ingat lagi tak tentang kes tiga orang maut dekat konsert Pinkfish hari tu? Seperti ramai jangkakan, pihak polis akhirnya sahkan tiga pengunjung dilaporkan maut akibat pengambilan dadah jenis perangsang.

Perkara itu disahkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan selepas laporan patologi menunjukkan mangsa mengalami stimulant drugs intoxication.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Polis masih lakukan siasatan menyeluruh tentang konsert Pinkfish…

etakat ini, seramai 53 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Kes ini akan dirujuk ke pihak koroner setelah siasatan lengkap dijalankan.

Sebelum ini, pihak polis menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengenai kematian dua lelaki dan dua wanita selepas menghadiri konsert di Bandar Sunway.

BACA: Empat Maut Selepas Konsert Pinkfish Countdown Di Bandar Sunway

#ApaKataOhmedia

Diharapkan selepas ini, sebarang konsert yang diadakan di dalam negara kita diberi kawalan lebih ketat. Ini kerana, sejak dahulu sudah pasti akan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual barang terlarang di dalam tempat konsert.


Scroll to Top