Konon Boleh Bantu Kes Dadah, Ika Tak Mengaku Bersalah ‘Scam’ Isteri Along Cham RM100k | Oh! Media

Konon Boleh Bantu Kes Dadah, Ika Tak Mengaku Bersalah ‘Scam’ Isteri Along Cham RM100k | Oh! Media

Seorang wanita dikenali sebagai ‘Ika’ telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan menipu isteri pelawak terkenal Along Cham iaitu Afreena Suhaimi.

Ika dikatakan telah memperdaya Afreena membabitkan jumlah keseluruhan RM105,380 berkaitan kes dadah yang melibatkan suaminya.

Ika didakwa perdaya Afreena, konon boleh bantu jamin Along

Foto: Harian Metro (Saifullizan Tamadi)

Memetik laporan Harian Metro, Ika atau nama sebenarnya Nursyafiqah Hermansah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Berdasarkan pertuduhan, ibu tiga anak ini didakwa memperdaya Afreena dengan meyakinkan mangsa bahawa dia boleh membantu menjamin Along atau nama sebenarnya Muhamad Nizamudin Ahmad, selain menurunkan seksyen pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Membabitkan 26 transaksi lebih RM100k

afreena suhaimi

Akibat termakan janji, Afreena dikatakan telah melakukan 26 transaksi pembayaran berjumlah RM105,380 ke dalam lima akaun berbeza.

Hakikatnya, wang tersebut dipercayai telah diseleweng oleh tertuduh tanpa sebarang tindakan lanjut yang dijanjikan.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Bangi Gateway, Seksyen 15, antara jam 6.06 petang pada 22 Disember tahun lalu hingga 1.24 petang pada 14 Januari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum satu tahun hingga 10 tahun, sebatan serta denda di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes dijadualkan pada 21 Mac ini bagi lantikan peguam.


Scroll to Top